Unit Praktikum telah menganjurkan satu Taklimat Pengurusan Internship untuk pelajar Ambilan Jun 2014. Seramai 35 orang pelajar terlibat. Taklimat ini diadakan di Bilik ISO pada 1 Feb. 2018 pada pukul 2.30 petang. Dalam taklimat ini, pelajar didedahkan semua perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan Internship terutama tentang penyediaan Portfolio Internship. Portfolio Internship merupakan 'output' pelajar sebelum mereka dinilai oleh mentor yang dilantik oleh pihak sekolah. Menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyiap tugasan Internship dengan sebaik mungkin. Pelajar dikehendaki menyiapkan 3 tugasan dalam bentuk projek atau aktiviti sama ada disediakan secara individu atau kumpulan.
Adalah menjadi harapan Unit Praktikum pelajar dalam menyiapkan projek atau aktiviti Internship dalam tempoh masa yang tetapkan berdasarkan garis panduan Internship iaitu 4 minggu. Pada akhir minggu ke-4 pelajar perlu menyerahkan Portfolio Internship kepada mentor untuk dinilai.