Pengenalan


Praktikum memberi peluang kepada pelajar mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran pembelajaran dengan bimbingan melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara IPG, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Melalui program praktikum ini, pelajar dapat:
  1. Menyepadukan teori  dengan amali pengajaran dan pembelajaran
  2. Mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran
  3. Mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai
  4. Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berpasangan  dan individu
  5. Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran
  6. Memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai profesionalisme kerguruan;
  7. Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan  portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri
  8. Mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses pengajaran  pembelajaran
  9. Menguasai kemahiran fasilitator  dan
  10. Menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
Pengalaman Berasaskan Sekolah adalah satu bentuk latihan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar PDPLI dan PISMP tentang alam persekolahan dan peranan guru. Melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah, pelajar dapat
  1. mendapat pendedahan awal pembelajaran murid;
  2. membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah;
  3. membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru;
  4. mengenalpasti ciri-ciri amalan bilik darjah yang berkesan melalui pemerhatian berstruktur;
  5. membina kemahiran mengumpul maklumat tentang proses pengajaran dan pembelajaran di bilik  darjah;
  6. mengaitkan teori dengan amalan pengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian
  7. mengenalpasti cara-cara memantau dan menaksir kemajuan pembelajaran murid.
  8. mengenalpasti sumber yang  berkaitan dengan konteks pengajaran dan pembelajaran;
  9. menjelaskan peranan guru terhadap murid dari aspek bimbingan dan kebajikan;
  10. menterjemahkan kandungan kurikulum secara umum dan spesifik;
  11. mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif.

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor.Internship juga memberi peluang kepada  pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan.

Melalui program Internship, pelajar akan dapat:
  1. Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah.
  2. Merancang, melaksana  projek/aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah.
  3. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke  arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.
  4. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan.
  5. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.
  6. Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai situasi.
  7. Menguruskan masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan sahsiah seorang guru.
  8. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.
  9. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran, projek/aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan.
  10. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.

Sila Baca

Selamat Datang Ke Portal Unit Praktikum IPG Kampus Pulau Pinang.

PERHATIAN:

Unit Praktikum, IPG Kampus Pulau Pinang menjalankan satu kajian untuk mengenalpasti sejauh mana impak penggunaan My Practicum Observation Reports Online Management System (MyPOROMS) yang diaplikasi oleh pelajar guru semasa menjalani praktikum. Hasil daripada maklum balas ini akan digunakan untuk penambahbaikan MyPOROMS pada masa akan datang. Sehubungan itu, kerjasama saudara/saudari dalam melengkapkan soal selidik ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Klik pautan berikut untuk mengisi borang soal selidik di atas.

Soal Selidik MyPOROMS


Terima kasih

Harap Maklum.

Muat Turun Penempatan

Kemaskini: 14/5/2019

PRAKTIKUM 1 - PISMP AMBILAN JUN 2017
PRAKTIKUM 2- PISMP AMBILAN JUN 2016

Sila klik di link ini

Berita Semasa

Info Bergambar

Untuk melihat foto program yang telah dilaksanakan, bolehlah melihat di Menu INFO PROGRAM dan klik pada Galeri Foto. Semua foto boleh dimuat turun.

Muat turun borang / dokumen praktikum

Untuk muat turun borang / dokuen praktikum sila klik pada Menu Muat Turun.

Semua borang / dokumen praktikum boleh dimuat turun di sini.

Terima kasih.