ANJUNG
»
»
Taklimat Pengurusan PBS
Unit Praktikum telah menganjurkan satu Taklimat Pengurusan PBS untuk pelajar Ambilan Jun 2016 dan Jun 2017. Seramai 362 orang pelajar terlibat. Taklimat ini diadakan di Dewan Kuliah Utama pada 8 Mac 2018 jam 2.00 petang. Dalam taklimat ini, pelajar didedahkan pada semua perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan pengurusan PBS terutama tentang penyediaan Portfolio PBS. Portfolio PBS merupakan 'output' pelajar sebelum mereka dinilai oleh Pensyarah Penilai yang dilantik oleh IPGKPP. Menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyiap tugasan PBS dengan cemerlang. Pelajar dikehendaki menyiapkan Portfolio PBS dan tugasan yang diberi oleh jabatan akademik berkenaan. Semoga pengalaman menjalani PBS dapat digunakan semasa menjalani praktikum pada semester hadapan. 'Selamat Menjalani PBS'