Konsep PBS

Konsep
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah,  tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.

Objektif
Melalui PBS,  pelajar dapat:
·      memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.
·      menghayati kerjaya seorang guru.
·      memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah.
·      mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid.
·      membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.
·      mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim P&P dan budaya sekolah.
·      membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal.
·      membina sikap positif terhadap profesion keguruan.
·      membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru.
·      mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi  selepas PBS dilaksanakan.

 


 

Sila Baca

Selamat Datang Ke Portal Unit Praktikum IPG Kampus Pulau Pinang.

PERHATIAN:

Unit Praktikum, IPG Kampus Pulau Pinang menjalankan satu kajian untuk mengenalpasti sejauh mana impak penggunaan My Practicum Observation Reports Online Management System (MyPOROMS) yang diaplikasi oleh pelajar guru semasa menjalani praktikum. Hasil daripada maklum balas ini akan digunakan untuk penambahbaikan MyPOROMS pada masa akan datang. Sehubungan itu, kerjasama saudara/saudari dalam melengkapkan soal selidik ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Klik pautan berikut untuk mengisi borang soal selidik di atas.

Soal Selidik MyPOROMS


Terima kasih

Harap Maklum.

Muat Turun Penempatan

Kemaskini: 14/5/2019

PRAKTIKUM 1 - PISMP AMBILAN JUN 2017
PRAKTIKUM 2- PISMP AMBILAN JUN 2016

Sila klik di link ini

Berita Semasa

Info Bergambar

Untuk melihat foto program yang telah dilaksanakan, bolehlah melihat di Menu INFO PROGRAM dan klik pada Galeri Foto. Semua foto boleh dimuat turun.

Muat turun borang / dokumen praktikum

Untuk muat turun borang / dokuen praktikum sila klik pada Menu Muat Turun.

Semua borang / dokumen praktikum boleh dimuat turun di sini.

Terima kasih.